BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 5, 2009

::.::CUCU TOK DIN CLUB::..::>

CTDC atau Cucu Tok Din Club telah diinovasikan oleh cucu Haji Saidin yang semakin pintar sekarang ini...Ada sesetengah pendapat bahawa cucu-cucu beliau ini bakal menjadi manusia yang berjaya kelak. Malaysia yang dicintai ini bakal digemparkan dengan kemunculan lima orang wira yang datangnya dari Kedah,Perak dan Johor.

Dato' Haji Saidin Bin Othman dan Datin Che Siah selaku pasangan Penaung CTDC dan diterajui oleh Tuan Penasihat kami yang berkaliber dan berwawasan iaitu Cik Man (nama sebenar dirahsiakan) dan Cik Fina.Dibawah payung pimpinan ini terserlah sudah ahli CTDC yang lima itu. Matlamat CTDC ialah membentuk satu kelompok pasukan yang sentiasa proaktif dan peka terhadap isu-isu semasa dan keadan sekeliling.

Dengan modus operandi yang telah dirancang sejak sekian lama,akhirnya CTDC berjaya menunjukkan perubahan positif kearah pembentukan Kampung Batu 12 yang tidak ketinggalan zaman.Untuk pengetahuan pembaca sekalian,Kampung Batu 12,Terap ini terletak di daerah Kulim dan merupakan kampung intelek ditengah-tengah kampung yang lain.Berbalik kepada modus operandi yang diketengahkan sebagai kaedah yang agak sistematik dalam membentuk jati diri dalam kalangan warga CTDC.

Aktiviti utama CTDC ialah memancing (ikan bukan awek) di kawasan yang diingini dan berkemampuan.Gambar-gambar memancing akan di'upload'kan kemudian atas sebab yang tak dapat dielakkan.Adalah menjadi satu kepakaran bagi CTDC dalam memancing kerana hasilnya yang dapat mengukir senyuman dibibir mak kami dan Tok...CTDC juga mahir dalam menyiang ikan-ikan yang dipancing tadi...Lebih mahir ialah untuk memakan ikan tersebut.

Kini,ahli CTDC yang lima ini sedang berusaha untuk mencapai cita-cita masing-masing...

0 comments: